<%@LANGUAGE="VBSCRIPT" CODEPAGE="1252"%> :: PENGGUNAAN ::
Make your own free website on Tripod.com
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
SELAMAT DATANG KE HALAMAN WEB ROBOTIK POLITEKNIK MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
     
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
COPYRIGHT ROBOTIK POLITEKNIK 2003 ©
KATEGORI PENGGUNAAN ROBOT

a. Robot Pengelolaan Komponen

Kategori ini mewakili jenis robot yang melakukan kerja-kerja pungut letak (‘pick and place’) di mana pengesan hujung robot akan mengambil bendakerja di satu titik tertentu dan meletakkannya di titik yang lain. Antara contoh-contoh penggunaan robot di bawah kategori ini adalah robot pemindahan bahan kerja, robot pemunggahan dan robot pempaletan.


i. Robot Pemindahan Bendakerja

Ia berfungsi untuk memindahkan satu bendakerja dari datu tempat ke tempat yang lain. Berdasarkan kepada rajah 8.1 di bawah, robot mengambil bendakerja dari ‘bowl feeder’ dan meletakkannya ke konveyor. Semasa pergerakan ini, orientasi bendakerja mestilah tidak berubah supaya operasi seterusnya tidak terganggu.

Robot Pemunggahan

Ia selalunya berfungsi untuk mengangkat barangan yang berat dari satu tempat ke tempat yang lain. Contoh penggunaanya adalah pemunggahan di kawasan pelabuhan dan di stor penyimpanan barang. Robot untuk kegunaan ini selalunya terdiri dari robot jenis gantri dan menggunakan penggerak dari jenis hidraulik kerana beban yang diangkat adalah besar

Robot Pempaletan

Ia berfungsi untuk melakukan kerja penyusunan bendakerja dalam susunan palet iaitu bendakerja disusun mengikut kedudukan lajur dan baris. Contohnya adalah dalam kerja pembungkusan di mana bendakerja disusun di dalam kotak yang mempunyai lajur dan baris seperti dalam rajah 8.3(a) dan 8.3(b) di sebelah. Proses sebaliknya dinamakan ‘dipalletizing’ .

Robot Memuat ke Mesin.

Robot jenis ini berfungsi untuk mengambil bendakerja dan seterusnya membawa dan memesang bendakerja tersebut pada mesin CNC yang akan menjalankan proses yang selanjutnya seperti melarik atau membentuk. Di dalam proses memuat ke mesin, terdapat dua cara proses dilakukan iaitu pertama, matalat mesin bergerak untuk melakukan proses kepada bendakerja yang statik. Manakala cara yang kedua pula ialah matalat statik dan bendakerja digerakkan oleh robot untuk proses dilaksanakan. Rajah 8.4 di bawah menunjukkan proses di mana matalat statik dan robot bergerak dengan membawa bendakerja.

Robot Pengelolaan Perkakasan

Kategori ini adalah robot yang melakukan kerja-kerja yang melibatkan penggunaan perkakasan tertentu sebagai pengesan hujungnya. Contohnya ialah seperti robot kimpalan,robot semburan cat dan lain-lain.

i. Robot Kimpalan

Ia berfungsi untuk melakukan kerja-kerja kimpalan contohnya kerja kimpalan titik, kimpalan arka, TIG dan MIG.

Robot Kimpalan Titik banyak digunakan di dalam industri automotif iaitu kerja mengimpal kerangka dan panel-panel pada kenderaan. Kimpalan titik adalah proses di mana kedua-dua bahagian kepingan logam dilakurkan (‘fused’) bersama pada titik-titik tertentu. Kimpalan ini dilakukan dengan mengalirkan arus elektrik yang tinggi melalui bahagian yang hendak dikimpal dengan menggunakan dua batang elektrod kuprum atau aloi kuprum. Rajah 8.5 di bawah adalah rajah Robot Kimpalan Titik.

Robot kimpalan arka pula ialah proses kimpalan yang dilakukan secara berterusan. Ia digunakan untuk membuat sambungan kimpalan yang panjang. Pengkedapan udara diperlukan di antara kedua-dua kepingan logam yang dikimpal. Proses kimpalan arka memerlukan bekalan arus elektrik yang tinggi iaitu antara 100-300 A dan voltan yang rendah iaitu antara 10-30 V untuk menghasilkan arka. Rajah 8.6 di sebelah menunjukkan Robot Kimpalan Arka.

Robot Semburan Cat

Robot digunakan untuk melakukan operasi penyemburan cat atau penyalut pada produk. Ia digunakan secara meluas di dalam industri pembuatan kereta samada dalam proses mengecat badan kereta, injin dan lain-lain komponen yang berkaitan. Kaedah pengaturcaraan ‘lead through programming’ digunakan untuk membuat aturcara program bagi kerja-kerja semburan cat. Rajah 8.7 di bawah menunjukkan robot semburan cat atau penyalut.

Robot Pemasangan

Robot banyak digunakan di dalam pemasangan peralatan elektronik, motor elektrik, komponen kenderaan dan sebagainya. Ia merupakan gabungan antara robot jenis pengelolan komponen dengan robot pengelolaan perkakasan. Ia digunakan dengan begitu meluas di dalam industri automotif. Robot jenis ini selalunya memerlukan robot jenis teknologi tinggi kerana kerja-kerja pemasangan adalah rumit. Robot mampu membuat penukaran pengesan hujung bersesuaian dengan keja yang akan dilakukan. Satu robot boleh melakukan pelbagai jenis kerja yang berlainan dalam satu proses pengeluaran, bergantung kepada aturcara yang telah di sediakan. Rajah 8.8 di bawah menunjukkan robot pemasangan

KEBAIKAN ROBOT DARI SEGI PENGELUARAN, MUTU, KEBOLEHSUAIAN DAN KEADAAN SEKELILING.

a. Kebaikan penggunaan robot dari segi pengeluaran

• Produktiviti yang dihasilkan adalah tinggi kerana robot adalah tahan lasak dan boleh bekerja dalam jangkamasa yang panjang tanpa memerlukan rehat.
• Robot dapat menuruti kesemua arahan yang diberikan dan tidak merasa bosan untuk melakukan kerja yang sama, maka kadar pengeluaran yang tinggi dapat dikekalkan.
• Kawalan ke atas pengeluaran dan aliran kerja dapat dilakukan kerana proses rasionalisasi yang dilakukan dari semasa ke semasa dapat mengujudkan satu keadaan kerja yang tersusun , canggih dan terkini.
• Bahan terbuang dapat dikurangkan kerana robot bekerja tanpa melakukan ralat.
• Kos buruh dapat dikurangkan dan pihak kilang tidak perlu terlalu bergantung kepada bekalan buruh mahir.

b. Kebaikan penggunaan robot dari segi mutu

• Hasil keluaran dapat dibaiki dengan kadar kerja robot yang sekata.
• Kualiti pengeluaran dipertingkatkan dengan ralat yang kurang.
• Mengurangkan kos akibat kerosakan pada produk dan seterusnya menghasilkan mutu yang lebih terjamin.


c. Kebaikan robot dari segi kebolehsuaian


• Robot mudah diubah mengikut kehendak rekabentuk produk yang akan dihasilkan.
• Penggunaan robot boleh diantaramukakan dengan peralatan pengeluaran yang lain seperti mesin CNC, konveyor, ASRS dan sebagainya.
• Penggunaannya memenuhi peraturan kesihatan dan keselamatan dan dapat megujudkan piawaian keselamatan perindustrian seperti OSHA.


d. Kebaikan penggunaan robot dari segi keadaan sekeliling

• masalah keadaan kerja yang tidak selesa dapat diatasi dengan sifat robot yang tidak bertindakbalas kepada pengudaraan, suhu, bising, pencahayaan yang kurang,habuk dan pencemaran lain.
• Ia tidak mempunyai risiko gangguan disegi kesihatan seperti batuk akibat debu, dihidrasi akibat suasana panas dan keletihan akibat berat beban yang diangkat.
• Robot boleh sampai ke tahap yang bahaya seperti dasar laut, kawasan yang dicemari oleh bahan radioaktif dan kawasan yang melibatkan hawa yang panas.