<%@LANGUAGE="VBSCRIPT" CODEPAGE="1252"%> :: PENDERIA ::
Make your own free website on Tripod.com
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
SELAMAT DATANG KE HALAMAN WEB ROBOTIK POLITEKNIK MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
     
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
COPYRIGHT ROBOTIK POLITEKNIK 2003 ©
TAKRIF DAN FUNGSI PENDERIA

a. Takrif

Penderia ialah elemen yang memberitahu pengawal tentang status pengolah samada secara berterusan atau diakhir setiap pergerakan. Maklumat ini digunakan oleh pengawal untuk memastikan bahawa setiap pergerakan yang diarahkan adalah tepat pada sasaran. Maklumat disampaikan dalam bentuk analog, digital atau kombinasi kedua-duanya.

Penderia luaran

Penderia luaran dikelaskan kepada dua iaitu penderia sentuhan(‘contact sensors’) dan penderia tanpa sentuhan (‘ non-contact sensors’). Rajah 6.1 menunjukkan penderia sentuhan manakala rajah 6.2 menunjukkan penderia tanpa sentuhan.

Terdapat empat jenis penderia luaran iaitu:

1. ‘Proximity sensors’- penderia ini mengesan kehadiran sesuatu bahan samada melalui sentuhan ataupun tidak melalui sentuhan. Contoh penderia ini adalah ‘optical proximity sensors’ yang mengesan jumlah cahaya infrared yang dibalikkan daripada objek yang melintasinya. Jumlah cahaya yang dibalikkan ini akan menentukan kehadiran objek. Contoh lain adalah ‘eddy-current proximity sensor’ yang mengesan objek melalui medan megnet. Rajah 6.3 menunjukkan sejenis suis ‘proximity’.

2. Penderia julat (‘range sensor’) – penderia yang mengesan kehadiran objek dan dapat mengukur kedudukan antara objek dan penderia dengan tepat. Ia dikelaskan di dalam penderia jenis tanpa sentuhan. Antara contoh penderia jenis ini adalah ‘tellurometers’ dan ‘interferometric’. Rajah 6.4 dan6.5 menunjukkan jenis-jenis penderia julat.

3. Penderia rasa (‘tectile sensors’)- penderia ini mengesan sesuatu objek yang menyentuhnya. Ia dikelaskan ke dalam penderia jenis sentuhan. Contoh penderia jenis ini adalah penderia tekanan dan penderia had (‘limit switch’).

4. ‘Miscellaneous sensors’- jenis ini merangkumi pelbagai jenis penderia lain yang digunakan di dalam robotik termasuk peralatan untuk mengukur suhu seperti ‘temister’, pengukur tekanan bendalir,voltan elektrik, arus dan sebagainya.

KEBAIKAN PENGGUNAAN PENDERIA

Kebaikan penderia boleh dipecahkan kepada tiga kebaikan utama iaitu :

a. Ia dapat mengurangkan kos pengeluaran.

Penderia dapat mengesan ralat di peringkat yang paling awal maka ia dapat mengurangkan bahan yang terbuang. Selain dari itu , saiznya boleh direkabentuk mengikut keperluan peralatan. Ia juga dapat mengenal pasti jenis komponen yang diperlukan dan proses yang selanjutnya.

b. Ia dapat mengelakkan berlakunya kemalangan dan kerosakan alatan

Keselamatan pekerja , peralatan sokongan dan diri robot itu lebih terjamin dengan adanya penderia. Ia juga dapat mengesan keadaan bahaya dan seterusnya operasi akan terus diberhentikan.

c. Memudahkan kerja-kerja penyenggaraan.

Penderia dapat mengesan bahagian-bahagian pengolah robot yang tidak dapat berfungsi dengan baik dan senggaraan atau pembaikian boleh dilakukan pada bahagian yang rosak.