<%@LANGUAGE="VBSCRIPT" CODEPAGE="1252"%> :: KEBAIKAN ::
Make your own free website on Tripod.com
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
SELAMAT DATANG KE HALAMAN WEB ROBOTIK POLITEKNIK MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
     
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
COPYRIGHT ROBOTIK POLITEKNIK 2003 ©
PENGENALAN

Penggunaan robot di dalam industri perngeluaran telah dikenalpasti sebagai salah satu dari faktor yang dapat mempertingkatkan daya pengeluaran sesebuah industri. Apakah yang menyebabkan kenyataan ini boleh dikeluarkan ?. Unit 3 ini akan membincangkan secara mendalam apakah kebaikan dan kelemahan penggunaan robot di dalam sesuatu proses pengeluaran untuk menyokong kebenaran kenyataan di atas.


KELEBIHAN PENGGUNAAN ROBOT DALAM PROSES KIMPALAN.

Robot dapat menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi sehingga, empat kali ganda berbanding dengan kaedah manual. Ini adalah kerana ia mempunyai faktor arc on time yang tinggi iaitu 70% 80% berbanding dengan manusia yang mempunyai faktor ‘arc-on-time’ sekitar 20%-30%. Keletihan juga. tidak dialamioleh robot. Faktor ‘arc on time’ adalah merujuk kepada ketepatan masa sesuatu kerja dijalankan. Contohnya ialah, robot dapat melakukan kerja yang diprogramkan tanpa membuang masa kerana semua pergerakan yang dilakukan telah ditetapkan di dalam program. Ia tidak mempunyai naluri seperti manusia untuk melakukan kerja-kerja lain selain dari apa yang telah ditetapkan. Manakala manusia pula mempunyai naluri yang menyebabkan mereka melakukan pergerakan-pergerakan lain semasa sesuatu tugas dilakukan. Contohnya, manusia akan mengambil masa untuk membetulkan kedudukannya, alat keselamatan yang digunakannya dan perbagai pergerakan lain untuk memastikan keselesaannya semasa melakukan tugasnya. Ini menyebabkan ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk menyiapkan kerja yang sedang dilakukannya. Selain dari itu, mereka juga akan mengalami keletihan yang menyebabkan kerja kimpalan yang dilakukan tidak konsisten.

Selain daripada itu, robot dapat menjamin kualiti hasil yang lebih baik, bermutu dan konsisten. Ini menyebabkan ia lebih selamat digunakan kerana ia dapat memberikan kualiti persekitaran lebih baik. Semasa kerja-kerja kimpalan dilakukan, terdapat banyak sisa pembuangan yang akan dibuang samada ke udara ataupun ke tong sampah. Antaranya adalah gas-gas yang dihasilkan oleh kerja kimpalan dan tatal atau sisa buangan lain yang tidak berguna. Gas yang dilepaskan mungkin mengandungi racun atau sebagainya yang menyebabkan pencemaran udara. Manakala bahan buangan lain pula boleh menyebabkan pencemaran lain pula. Sekiranya ia dapat mengurangkan ralat pada produk, produk yang rosak dapat dikurangkan. Ini menyebabkan tempahan dapat disiapkan dengan lebih cepat.

Kebaikan lain yang diberikan oleh penggunaan robot ialah ia dapat menggantikan manusia. daripada. tugas yang tidak selesa, meletihkan dan merbahaya. Seperti yang diketahui, manusia mampunyai kelemahan-kelemahan yang menyebabkan mereka merasa letih dan tidak selesa. Mereka mudah mengalami keadaan-keadaan begini jika melakukan satu kerja dalam satu jangkamasa yang agak lama. Ini menyebabkan mereka perlu diberikan waktu rehat pada sela masa tertentu. Jika robot digunakan menggantikan manusia, ia dapat menjalankan kerja tanpa memerlukan waktu rehat. Ini menyebabkan ia dapat melakukan kerja dengan lebih cepat dan banyak. Produktiviti akan dapat dipertingkatkan dan keuntungan syarikat akan bertambah.

Satu lagi kebaikan penggunaan robot dalam kerja kimpalan ialah, ia membolehkan rasionalisasi dalam proses pengeluaran. Proses rasionalisasi adalah proses pemantauan dan pembaikan yang perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk mempertingkatkan prestasi sistem yang digunakan. Ia juga dilakukan untuk menyenggara sistem pengeluaran untuk mempastikan sebarang kerosakan atau kelemahan-kelemahan tertentu dapat ditangani dengan lebih cepat. Proses rasionalisasi ini mesti dilakukan oleh pihak pengurusan untuk mempertingkatkan mutu pengeluaran. Semasa proses inilah sebarang kelemahan dan kerosakkan dapat dikenalpasti dan seterusnya tindakan yang segera dapat diambil.

KELEBIHAN PENGGUNAAN ROBOT DALAM PROSES PENYEMBURAN CAT/PENYALUT.

Kebaikan utama penggunaan robot dalam kerja-kerja penyemburan cat adalah ia dapat menggantikan pengendali daripada, suasana, yang merbahaya. Keadaan tempat kerja yang melibatkan kerja penyemburan cat atau penyalut adalah satu kawasan yang merbahaya kerana keadaannya yang penuh dengan debu cat yang terhasil akibat dari proses penyemburan. Pekerja selalunya dibekalkan dengan topeng keselamatan untuk mengelakkan mereka menghidu debu-debu cat dan penyalut dari memasuki sistem pernafasan mereka. Ini menyebabkan mereka merasa tidak selesa dan seterusnya akan mengganggu prestasi kerja mereka. Jika robot digunakan dalam kerja ini ia dapat mengelakkan pekerja dari keadaan yang merbahaya begini.

Penggunaan tenaga juga akan menjadi lebih rendah kerana semasa proses penyemburan, kelajuan penyemburan dan pergerakan pengolah robot boleh diseragamkan. Ini menghasilkan penyemburan yang cepat dan tepat kepada sasaran. Seterusnya tidak akan berlaku pembaziran cat atau penyalut. Kerja akan menjadi lebih efisyen dan menyebabkan penggunaan tenaga menjadi lebih rendah berbanding dengan kerja yang dilakukan secaraa manual.

Akibat dari halaju pengolah yang seragam, kedudukan alat penyembur yang tepat dan isipadu semburan yang seragam, maka sudah tentulah robot dapat menghasilkan kemasan yang lebih seragam bagi produk yang dikeluarkannya. Ini merupakan salah satu dari kebaikan robot dalam proses penyemburan cat.

Ciri-ciri yang ada pada robot seperti yang dibincangkan di atas juga dapat memberi satu lagi kebaikan kepada proses penyemburan cat atau penyalut iaitu ia dapat mengurangkan penggunaan bahan penyalut sehingga 10% 50% berbanding dengan proses secara manual. Apabila cat dapat disembur dengan lebih seragam disegi halaju, isipadu dan ketepatan alat penyembur, maaka ia akan menghasilkan penyemburan yang baaik dan mengurangkan pembaziran. Seterusnya kebaikan-kebaikan ini akan dapat menghasilkan produktiviti lebih tinggi bagi sesuatu produk.

KELEBIHAN PENGGUNAAN ROBOT DALAM PROSES PEMASANGAN.

Kebaikan yang ketara dalam penggunaan robot di dalam proses pemasangan ialah ia dapat memastikan operasi pemasangan akan menjadi lebih cekap, cepat dan tepat. Kerja-kerja pemasangan yang dilakukan secara manual selalunya akan melibatkan kesilapan-kesilapan yang terjadi akibat dari kecuaian manusia.

Antara contoh-contoh kecuaian adalah seperti di bawah :

a. Pemasangan komponen-komponen dalam papan litar elektronik yang melibatkan komponen-komponen yang kecil. Kecuaian yang manusia boleh lakukan adalah seperti tertinggal komponen-komponen yang tertentu ataupun tersilap memilih komponen.
b. Pemasangan komponen-komponen yang melibatkan penggunaan skru atau komponen-komponen penyambungan lain. Secara manual, kemungkinan ada skru yang tertinggal (tidak dipasang) ataupun skru yang pasang tidak diketatkan secara sempurna. Kes-kes begini selalunya tidak dapat dikesan dengan mudah semasa pemeriksaan mutu dibuat.

Tetapi, jika robot digunakan di dalam proses pemasangan, setiap kerja-kerja yang mesti dilakukan oleh pengolah akan dirancang secara terperinci terlebih dahulu. Kemudian, setiap langkah kerja ini akan dimasukkan ke dalam aturcara kerja robot. Setelah siap diaturcara, kerja-kerja pemeriksaan akan dijalankan untuk mempastikan semua langkah kerja yang sepatutnya dilakukan telah dimasukkan di dalam aturcara. Setelah pengaturcara berpuashati, barulah proses pengeluaran dijalankan. Pengolah akan menjalankan kerja-kerja yang tepat pada setiap kali proses kerja dilakukan kerana ia mengikut aturcara yang terancang. Selagi aturcara tidak diubah, selagi itulah ia akan melakukan kerja yang sama. Maka, kebarangkalian untuk melakukan kesilapan adalah lebih kecil berbanding dengan kerja yang dilakukan secara manual.

KELEBIHAN PENGGUNAAN ROBOT DALAM PROSES MEMUAT KE MESIN.

Penggunaan robot dalam proses memuat ke mesin melibatkan kerja-kerja pemunggahan bahan kerja atau komponen-komponen kepada atau daripada mesin-mesin yang terlibat dalam pengeluaran sesuatu produk. Contoh kerja-kerja memuat ke mesin adalah dalam operasi kerja menekan (press working). Di dalam operasi ini, robot diprogramkan untuk membebankan kepingan logam ke dalam mesin penekan dan kemudian setelah ditekan menjadi bentuk-bentuk yang diperlukan, komponen yang telah siap diproses itu akan dipunggah oleh robot dari mesin penekan.

Bagi proses memuat ke mesin ini, kerja-kerja yang dilakukan melibatkan keadaan yang merbahaya. Penggunaan robot di dalam proses ini memberikan kelebihan dari segi keselamatan. Ia dapat menghindarkan pekerja dari mengendalikan / mengelolakan beban-beban yang berat dan kerja-kerja yang merbahaya. Kerja-kerja yang melibatkan penggunaan mesin banyak memberikan risiko kemalangan yang boleh mencacatkan pekerja yang terlibat.

Kebaikan lain hasil dari penggunaan robot di dalam proses ini adalah ia dapat membantu mengujudkan piawaian keselamatan perindustrian yang lebih ketat dan selamat semasa mengendalikan mesin-mesin yang merbahaya, contohnya seperti OSHA.

Selain dari itu robot juga boleh melakukan operasi memuat ke mesin dengan cepat di tempat yang mempunyai kelegaan yang kecil. Dalam keadaan begini, kerja-kerja yang dilakukan secara manual adalah agak sukar kerana risiko-risiko kemalangan adalah tinggi. Ia menyebabkan operasi berjalan dengan lebih perlahan. Tetapi jia robot digunakan, ia dapat menggunakan kelajuan yang lebih tetap dan cepat dan seterusnya menghapuskan kejadian (kesesakan) ‘bottel neck’ pada satu-satu mesin. Ia juga dapat mengurangkan bahan buangan (scrap) akibat dari kerosakan atau kecacatan produk hasil dari pembebanan yang tidak sempurna.

KELEBIHAN PENGGUNAAN ROBOT DALAM PROSES UJIAN.

Proses ujian adalah salah satu dari bidang yang banyak menggunakan robot di dalam operasinya. Proses ini terpecah kepada dua bentuk utama iaitu proses pengujian ke atas produk yang dihasilkan untuk mengawal mutu pengeluaran dan proses pengujian di tempat-tempat yang merbahaya kepada manusia.

Kawalan mutu merupakan salah satu aktiviti yang amat penting di dalam proses pengeluaran produk. Setiap produk yang dihasilkan perlulah diperiksa dengan teliti terlebih dahulu untuk memastikan ia selamat untuk digunakan. Jika robot digunakan untuk menjalankan pengujian jenis ini, mutu produk akan mendapat jaminan yang lebih baik. Antara kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi jika robot digunakan untuk proses pengujian produk adalah :

ii. Ia dapat membuat pengujian ke atas semua produk yang dihasilkan. Jadi produk yang tidak sempurna akan diasingkan. Selalunya di dalam pengeluaran sesuatu produk, hanya sebilangan kecil produk sahaja yang diuji. Jadi, kemungkinan ada produk yang tidak berkualiti yang tidak terpilih untuk diuji.

iii. Pengujian yang lebih terperinci dapat dibuat untuk keseluruhan bahagian produk tersebut dengan melengkapkan robot dengan alat sokongan seperti pederia bagi mengenalpasti bahagian yang cacat pada sesuatu produk. Kelalaian manusia boleh mengakibatkan ada bahagian-bahagian tertentu tidak diperiksa dengan teliti. Jika robot digunakan, ia akan mengikut atrucara yang telah dirancang dan ditetapkan terlebih dahulu. Maka risiko pengujian tidak dilakukan akibat dari kelalaian dapat dielakkan.

iv. Robot pengujian dapat membuat pengujian ke atas produk semasa operasi pemasangan dijalankan. Ini dapat menjimatkan masa untuk menghasilkan sesuatu produk dan tidak memerlukan aktiviti kawalan mutu melalui pemilihan sampel berdasarkan jumlah pengeluaran.

v. Pengujian produk menggunakan robot dapat mengekalkan keseragaman mutu produk tersebut. Jadi, produk yang dihasilkan akan lebih diyakini disegi keselamatannya oleh pengguna.

Bagi proses pengujian di tempat-tempat yang merbahaya dan tidak tercapai oleh manusia, robot juga perlu digunakan. Contohnya adalah di kawasan yang melibatkan pencemaran udara akibat dari pancaran radiasi, kawasan loji nuklear, bahan kimia, kawasan yang suhunya tinggi, kawasan dasar laut dan kawasan angkasa lepas.

KELEMAHAN PENGGUNAAN ROBOT DALAM SEMUA PROSES DI ATAS.

Kelemahan utama penggunaan robot dalam proses-proses pengeluaran yang telah dibincangkan terlebih dahulu adalah disegi kos. Ia memerlukan kos permulaan (overhead) dan kos penggunaan yang tinggi. Antara kos permulaan yang terlibat adalah kos untuk membeli peralatan asas, pemasangan, alat-alat tambahan, sistem-sistem sokongan dan latihan kepada pengendali. Manakala kos penggunaan pula melibatkan kos pentauliahan, kos penyenggaraan dan kos keusangan. Perbincangan mengenai kos yang terlibat di dalam penggunaan robot akan dibuat lebih lanjut lagi di dalam unit 11 modul ini.