<%@LANGUAGE="VBSCRIPT" CODEPAGE="1252"%> :: ATURCARA PLC ::
Make your own free website on Tripod.com
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
SELAMAT DATANG KE HALAMAN WEB ROBOTIK POLITEKNIK MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
     
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
COPYRIGHT ROBOTIK POLITEKNIK 2003 ©
Takrif Pengawal Logik Bolehaturcara (PLC)

Mengikut NEMA (National Electrical Manufacturer Association U.S), Pengawal Logik Bolehaturcara (PLC) ditakrifkan sebagai satu sistem elektronik yang beroperasi secara digital, direkabentuk dalam persekitaran industri, yang menggunakan ‘memori boleh aturcara’ untuk storan dalaman bagi arahan-arahan yang ditentukan oleh pengguna untuk menjalankankan fungsi-fungsi khusus seperti logik, penjujukan, pemasa, pembilang ‘counter’ dan arithmetik. Ia digunakan bagi mengawal pelbagai jenis mesin atau proses melalui ‘input’ dan ‘output’ digital. PLC adalah mudah untuk diintegrasikan ke dalam sistem kawalan industri dan mudah digunakan untuk fungsi-fungsi yang diinginkan.

Komponen-komponen ‘PLC’

Prinsip Operasi Kawalan Logik Boleh Aturcara (PLC)

Sistem kawalan ini mempunyai beberapa kriteria iaitu :

i. Pengaturcaraan yang mudah
ii. Aturcara boleh diubah tanpa gangguan terhadap sistem.
iii. Lebih kecil, murah dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi berbanding dengan sistem kawalan geganti.
iv. Ringkas dan kos senggaraan rendah

PENGATURCARAAN PLC

a. Rajah Tangga (‘Ladder diagram’)

Bahasa pengaturcaraan grafik diperolehi dari gambarajah litar bagi kawalan relay /geganti terdawai. Ladder diagram terdiri dari dua rail sentuh di kiri dan kanan diagram. Rail sentuh ini disambung kepada elemen ‘switching’ ( sesentuh NO dan NC ) menerusi laluan arus dan elemen gelung (coil)

b. Function block diagram (FBD)

Fungsi-fungsi atau blok fungsi diwakili secara grafik dan disambung ke dalam network. Ia berasal dari diagram logik bagi rekabentuk litar elektronik.

‘Instruction list’ (IL)
Statement list – text assembly seperti model ringkas. Senarai arahan diperolehi dari arahan kawalan operator dan operand. Contoh : LD, OR, AND, OR NOT.

LD
OR
AND
OUT

d. ‘Structured text’ (st)

Bahasa aras tinggi berdasarkan Pascal yang mengandungi expression dan arahan. Arahan boleh didefinasikan seperti IF...THEN.......ELSE, pengulangan seperti FOR, WHILE dan function block invocations.

Sleeve_in : = ( Part_TtypeA OR part_TypeB) AND Part_present AND Drill_ok

e. ‘Sequential function chart’ (SFC)

Bahasa untuk menstrukturkan pemprograman kawalan berorientasikan jujukan. Elemen yang terdapat di dalamnya adalah seperti steps, transitions, alternative dan parallel branching.


Pemilihan bahasa PLC di atas adalah bergantung kepada empat faktor iaitu:
a. Pengetahuan pengaturcara
b. Masalah proses yang dihadapi
c. Tahap yang menjelaskan proses
d. Struktur system kawalan

Merujuk Rajah 11.4 di atas, titik L (live) akan disambung kepada ‘output device’ A dan seterusnya ke titik ‘output point’ 10000. Titik N (neutral) disambung ke titik comm bagi ‘output point’. Titik + (positif) disambung ke titik ‘input point’ 0000. manakala titik – (negatif) disambung ke titik comm bagi ‘input point’. Sekiranya terdapat ‘output device’ tambahan yang perlu disambung, ia perlu disambung secara selari dengan ‘output device’ A ke titik ‘output point’ 10001

Aturcara bagi sambungan litar di rajah 11.4 yang ditulis menggunakan bahasa ‘ladder diagram’.

Atrucara mnemonik bagi ‘ladder diagram’ di atas mengikut bahasa ‘Instruction List’

LD 00
OR 10000
AND NOT 01
OUT 10000
END